Sunday, 24 November 2019

BAB 14

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Pengenalan

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas 2013) Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang
melaksanakan PPKI atau Program Pendidikan Khas Inklusif, pada peringkat
pendidikan pra sekolah; pendidikan rendah; pendidikan menengah; atau pendidikan
lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa ‘Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK)’ ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan; ketidakupayaan pendengaran;
ketidakupayaan pertuturan; ketidakupayaan fizikal; masalah pembelajaran; atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, seperti
yang disebut. (MOHDNASIR, 2016).

Isi Penting

Apa yang saya pelajari dari topik ini adalah terdapat 3 isi penting boleh dikongsikan bersama. Pertama, program pemulihan. Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid tersebut lebih banyak bertanya dan mengurangkan rasa malu pelajar tersebut. Program pemulihan tersebut dijalankan untuk menggurangkan masalah yang dihadapi oleh murid pelbagai upaya.
         Seterusnya adalah penggayaan.Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak.aIa juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergeerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.
           Akhir sekali, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali  Cuma guru perlu lebih perhatian terhadap golongan ini.

Rumusan

Guru perlu membantu  mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik. Manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu pada masalah kognitif sahaja. Dengan kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang telah dikuasai oleh guru  yang profesional, pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini perlu bantuan dari pelbagai pihak. (Fong, 2018). Guru juga memainkan peranan penting dalam masalah murid pelbagai upaya. Selain guru, ibubapa juga perlu membantu murid murid ini menggapai kejayaan.

Rujukan

Fong, C. E. (2018). Dari Pendidikan Khas ke Pendidikan Pemulihan: Dua Program Masalah Pembelajaaran.
 MOHDNASIR, S. N. (2016). PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA (PTK) MURID. 1-2.



BAB 13

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pendahuluan

 Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.

Isi Penting

 Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas.
      Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.
    Akhir sekali, perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.

Rumusan

Pengurusan alam pembelajaran ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititkberatkan kepada para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan ini supaya dalam kelas , sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar. Tidaklah timbul masalah terlebih atau terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut.

Rujukan

Shaarai, L. F. (2012). PENGGUNAAN STRIP KOMIK BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM TOPIK KITARAN AIR TAHUN 5.
Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

BAB 12

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Pengenalan

            Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibubapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah. Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia menerima pendidikan secara tidak formal terawal melalui asuhan rumah dan pendidikan formal berkaitan keagamaan, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Pada zaman penjajahan Jepun, orang Tanah Melayu yang ingin bersekolah diwajibkan belajar Bahasa Jepun dan adat resam Jepun. Pada zaman penjajahan Inggeris, sekolah vernacular diperkenalkan, Orang Melayu, Cina dan India belajar di sekolah yang berbeza dan bahasa ibunda masing-masing digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas kemerdekaan, system pendidikan di Malaysia telah dibentuk berasaskan Laporan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1959) yang bertujuan untuk mewujudkan system pelajaran yang sama bagi kaum dan mencadangkan pendidikan percuma kepada semua pelajar sekolah.
            Persekitaran Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.
            Mengapa sekolah harus berhubungan dengan masyarakat? Pentingkah hubungan antara sekolah dengan masyarakat? Ya, hal ini disebabkan sekolah adalah sebahagian yang integral dari masyarakat, ia bukan merupakan organisasi yang terpisah dari masyarakat. Sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat (pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara. Oleh itu, kemajuan sekolah dan kemajuan masyarakat saling berkolerasi, keduanya saling memerlukan. Dalam erti kata lain, sekolah ditubuhkan kerana masyarakat memerlukannya. Masyarakat harus membantu dan bekerjasama dengan sekolah agar apa yang dilaksanakan dan dihasilkan di sekolah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat. Mengenai tujuan hubungan sekolah dan masyarakat, menurut Elsbree dan McNally dikemukakan menjadi beberapa tujuan hubungan sekolah dan masyarakat sebagai berikut:

1.Mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak
2.Meningkatkan mutu kehidupan masyarakat
3.Memperbanyakkan penyertaan masyarakat
4.Memelihara kelangsungan hidup sekolah
5.Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah yang bersangkutan.
6.Memperlancar proses belajar mengajar
7.Memperoleh dukungan dan bantuan dari masyarakat yang diperlukan.
8.Memajukan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
9.Memperoleh bantuan sekolah dalam membantu menyelesaikan berbagai masalah.
Objektifnya ialah untuk mengenalpasti persekitaran sekolah. Untuk mengetahui persepsi guru terhadap sekolah, pelajar dan persekitaran sekolah. Untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap persekitaran sekolahnya. Untuk mengetahui sejauh mana hubungan sekolah dengan ibu bapa, masyarakat dan agensi luar.

Isi Penting

Persekitaran psikososial

-Suasana selesa dan mesra
-Suasana yang merangsang pembelajaran
-Menggalakkan pembelajaran koperatif
-Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
-Memberi peluang yang sama kepada semua murid

Ciri-ciri iklim kelas yang kondusif

-Hubungan saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya.
-Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
-Perasaan kekitaan yang timbul di antara para pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

Hubungan sekolah dengan masyarakat

-Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.
-Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
-Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.
         

Peranan sekolah kepada masyarakat

-Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanakbelajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
-Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor.
-Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

Kerjasama antara sekolah dan masyarakat

Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam sertatenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa. Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama. Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah. Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan sambil belajar pelajar.

Hubungan sekolah & ibu bapa (PIBG)

-Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
-Membantu dalam memajukan perkembangan murid
-Menjaga kebajikan murid
-Menambah sumber kewangan sekolah
-Meningkatkan keceriaan premis sekolah

  Peranan ibu bapa
-Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran.
-Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah.
-Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid.

 Institusi masyarakat atau pihak luar
Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Kerjasama erat antara sekolah dengan komuniti luar membantu mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru.
Contoh:
Persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun.

Rumusan

Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa. Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru. Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah. Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak mereka.
            Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).


Rujukan





BAB 11

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pengenalan

Definisi Budaya


v  Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).

Definisi Pelbagai Budaya

v  Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Teori Sosial Pelbagai Budaya terbahagi kepada 3 :


1.       Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity
§  Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
§  Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
§  Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi

2.       Melting Pot II: Ethnic Synthesis
§  Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
§  Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.




3.       Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
§  Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
§  Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA


•       Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
•       Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.

Tujuan pendidikan pelbagai budaya 

v  untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap


Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya 


o   Laporan Barnes (1951)
·    "matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum"

o   Laporan Fenn-Wu (1951)
·    "dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.“

o   Ordinan Pendidikan 1952
·       "matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan ... dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua kaum ... dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris ... di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan Tamil".

o   Akta Pendidikan 1961
·       " ... sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya ... atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini."

Kepentingan memahami kepelbagaian budaya

1)            Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan
 adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.

 2)Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorag guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. 

Menurut Najeemah (2003) sebab utama guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya iaitu
1)      Guru-guru tidak tahu/memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
2)      Guru tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan
3)      Guru-guru tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai budaya.
4)      Guru-guru tidak menyedari mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai budaya

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH


Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya
Najeemah
1)      Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
2)       Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai
  dan tingkah laku
3)      Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada  budaya yang berlainan.

Banks (1989)
1)      Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
2)      Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
3)      Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.

Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya 

ü  Persekitaran fizikal
Ø  Pelan kedudukan murid
Ø  Pengisian papan kenyataan
Ø  Hiasan keceriaan

ü  Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc)
Ø  Pengetahuan sedia ada murid
Ø  Pendekatan & teknik PdPc
Ø  Peka dengan topik2 tertentu

ü  Hubungan guru-murid
Ø  Bilik darjah yang selamat
Ø  Corak komunikasi & interaksi
Ø  Hubungan guru-ibu bapa murid

ü  Rutin & Disiplin
Ø  Peraturan bilik darjah
Ø  Rutin harian

ü  Bimbingan & Kaunseling
Ø  Intervensi bagi menangani
Ø  tingkah laku bermasalah

kesimpulan bab 11 :


melalui pengurusan pelbagai budaya ini, perpaduan kaum dapat dicapai dan keharmonian serta kemakmuran negara dapat dibentuk dengan baik. apabila setiap kaum bersatupadu, negara Malaysia akan terus dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

BAB 10

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Rajah 10 Pengurusan Penasihatan Murid (Bimbingan & Kaunseling)

Pengenalan

Konsep bimbingan merupakan bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.
            Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Menurut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

Isi Penting

            Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah terdapat beberapa proses bimbingan dan penasihatan. Fasa pertama, kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar.
            Pada fasa kedua, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.
            Fasa ketiga merupakan proses mengenali pelajar Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

      Fasa keempat proses membimbing pelajar membina hubungan, penerokaan, definisi masalah dan membina matlamat, alternatif penyelesaian dan pelan tindakan, dan melaksanakan tindakan. Fasa kelima ialah analisis penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

Rumusan

            Topik ini berkaitan dengan pengurusan penasihatan murid. Bab ini menjelaskan tentang fungsi seorang guru bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat kepada para pelajarnya agar mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya. Sesi kaunseling terhadap pelajar amat perlu terutamanya bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mahupun kendiri. Pengurusan penasihatan murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi hingga ke akar umbi. Namun begitu, pelbagai aspek haruslah ditekankan ketika memberikan sesi kaunseling dan bimbingan iaitu dengan mematuhi kod etika bimbingan & kaunseling serta tidak melakukan perkara yang bercanggah daripada aspek bimbingan & kaunseling. Sebagai seorang guru, sikap profesional dalam menangani isu dan masalah pelajar sangat diperlukan agar pelajar dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalahnya.

Rujukan

Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2002.

Zuraidah Abdul Rahman. (2011). Kaunseling dalam pengurusan. Selangor: Marshall Cavendish.

Puteri Hayati Megat Ahmad. (2017). Kemahiran dan pengurusan kes-kes kaunseling. Kota Kinabalu:    Penerbit Universiti Malaysia Sabah.



BAB 9

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pendahuluan

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
            Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),  tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
            Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah Laku Bermasalah  Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

Isi Penting

 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU


            Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008). 

            Penderaan Kanak-Kanak  iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya.  

Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008)        kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.

Pengurusan Tingkah Laku


Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negative guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.

 PERATURAN DAN DISIPLIN MURID

 a) Disiplin


Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
Kesanggupan seseorang murid  menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.

b) Pengurusan Disiplin


Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok  masyarakat. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.

c) Tanggungjawab pengetua / Guru-guru


            1.  “Vicarious Liability” – bertanggungjawab secara
               langsung terhadap semua perkara di sekolah
               yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap
               murid-murid.

            2. Umumnya – mendidik, menjaga dan “duty of care”.
           
            3. Penyeliaan di Bilik Darjah – perlu menyelia dan
                memastikan keselamatan dan mengambil langkah  
                proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar  
                munasabah.

            4. Pengetua – mengambil maklum dokumen
                undang-undang, berkongsi / menyebarluas,
                mengingatkan staf secara konsisten dan perlu         
                memastikan guru mahir / tahu.

            5. Guru – “In-loco parentis” / tanggungjawab seperti. Ibu bapa.
                   Cuai boleh didakwa.

d) PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN  DI SEKOLAH


              1.Tindakan yang betul


                           a) Diberitahu – kesalahan & hukuman
                           b) Keterangan bela diri
                           c) Kemuka Rayuan - didengari
                           d) Jatuh hukuman dengan adil.

              2.Rujuk – Buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas

  3.Elak hukuman – tidak tepat, mendera menjatuhkan maruah & tidak ikut surat pekeliling  ikhtisas


ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959


Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)

  “Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah
dan bagi maksud itu hendaklah

  “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.”



Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Kuasa-Kuasa guru besar)

-          Bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid,guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat

Peraturan 7 : PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR

-          Guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasake semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagimaksud itu tetapi yang disebut di atas itu tidak seorangpun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana guru selain guru berdaftar.

Peraturan 9 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: Kuasa pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.

Peraturan 10 : Rayuan

(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut : 

(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.

Peraturan 11 : Catatan dibuang sekolah dalam Sijil Berhenti Sekolah

(1)   Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut : 

(2)   Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.


PERATURAN 12 : Peraturan masuk balik sekolah

Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya) 

(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar.

PEKELILING IKTHISAS

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.” “….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”


SURAT PEK.IKHTISAS BIL:

7/2003Kuasa Guru Merotan Murid
      Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.
      Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.

Pengurusan Pelajar Secara Kolektif

Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan peajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar.Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.

Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.

Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.

Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

Contohnya:

 -Mengetuk : menyekel : menampar : mencubit hingga lebam : memulas telinga : mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga : mencela : mendera seperti berlari keliling padang & menjemur

-Hukuman-hukuman tersebut dilarang kerana dianggap melampau, berbentuk cacian dan seksaan.

Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah

-          Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba membunuh,merompak,membakar bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.

PEKELILING DAN PERATURAN

1.      TINGKAH LAKU JENAYAH

           111 – BERJUDI
           112 – MENCURI
           113 – LAWAN / ANCAM / PUKUL / CEDERA GURU
           114 -  LAWAN / ANCAM / PUKUL / CEDERA PENGAWAS
           115 – MEMERAS UGUT
           116 – MEMBULI
           117 – MENGANGGOTAI KUMPULAN HARAM / KONGSI GELAP
           118 – MENYALAHGUNAKAN DADAH
           119 – MEMBAWA SENJATA BERBAHAYA
           120 – MENCABUL KEHORMATAN
           121 – ANCAM / PUKUL / CEDERA MURID LAIN
           122 – MENCEROBOH BILIK KHAS / KEDAI KOPERASI PEJ.SEKOLAH
           124 – TUNJUK PERASAAN / BERPIKET / GANGGU KETENTERAMAN
          SEKOLAH
           125 – BERTARUH SECARA BESAR-BESARAN.

2.      TINGKAH LAKU LUCAH

           221 – BERCUMBU - CUMBUAN
           222 – BERKHALWAT
           223 – MEMBAWA BAHAN-BAHAN LUCAH
           224 -  MENGINTAI MURID-MURID PEREMPUAN
           225 – MENGUNAKAN KATA PERBUATAN LUCAH
           226 – MELUKIS & MENULIS KATA-KATA & GAMBAR LUCAH

3        KEKEMASAN DIRI

           331 – RAMBUT PANJANG / FESYEN RAMBUT KETERLALUAN
           332 – BERKUKU PANJANG
           333 – BERMISAI ATAU BERJANGGUT
           334 – MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN        SEKOLAH
           335 – MEMAKAI BARANG PERHIASAN YANG DILARANG KE     SEKOLAH

4.  TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA

           441 – BERKELIARAN DI KAWASAN SEKOLAH
           442 – DATANG LEWAT KE SEKOLAH
           443 – LEWAT KE PERHIMPUNAN
           444 -  MAKAN DI KANTIN DI LUAR MASA REHAT
           445 – LEWAT PULANG KE ASRAMA

5. TINGKAH LAKU KURANG SOPAN & BIADAB

           551 – BERKELAKUAN KASAR TERHADAP GURU
           552 – BERKELAKUAN KASAR TERHADAP PENGAWAS
           553 – BERKELAKUAN KASAR TERHADAP MURID
           554 – BERBAHASA KESAT
           555 – MENYIMPAN ROKOK
           556 – MENGHISAP ROKOK
           557 – MENGANGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
           558 – TIDAK MENGHORMATI GURU
           559 – TIDAK MENGHORMATI PENGAWAS
           560 – MINUM MINUMAN KERAS

6. TINGKAH LAKU MUSNAH

           661 – MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
           662 – MEROSAKKAN HARTA BENDA PENGETUA / GB / GURU- GURU
           663 – MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
           664 -  MEROSAKKAN HARTA BENDA MURID

7. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR

           771 – MENIPU YANG MELIBATKAN WANG
           772 – MENIPU YANG MELIBATKAN KEPERCAYAAN

8. PONTENG

           881 – PONTENG KELAS
           882 – PONTENG SEKOLAH
           883 – PONTENG PERHIMPUNAN
           884 – PONTENG KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH /  KEGIATAN KO
           885 – PONTENG UJIAN
           886 – PONTENG PEPERIKSAAN
           887 – PONTENG UNTUK ‘PRIVATE STUDY’
           888 – PONTENG ASRAMA

9. LAIN-LAIN

           911 – BERGADUH / BERKELAHI
           912 – KENAKALAN / HOOLIGANISM
           913 – KESALAHAN SIBER
           914 -  MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH
           A11 – PENGLIBATAN DALAM POLITIK

Kesalahan Berat

1.                  Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
2.                  Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau   pita rakaman dan multimedia terlarang
3.                  Membabitkan diri dalam kumpulan haram
4.                  Mencabul kehormatan guru/ murid
5.                  Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii
6.                  Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ pondan
7.                  Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral 
8.                  Mengintai murid lelaki/ perempuan
9.                  Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan
10.              Merosakkan harta benda sekolah/ guru
11.              Membawa atau menggunakan bahan letupan
12.              Menulis/ melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah
13.              Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau Merusuh
14.              Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau baha-bahan  multimedia
15.              Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan   atau  mengganggu  pengajaran dan pembelajaran/ peperiksaan atau ujian
16.              Menganjur atau membabirkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan     dengan masyarakat Malaysia
17.              Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia
18.              Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala ( tidak berturut-turut) selama 60 hari/ selama 1 tahun sesi persekolahan
19.              Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar/ Pengetua atau guru yang menjalankan tugas
20.              Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran
21.              Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan  bahan lucah
22.              Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat 
23.              Melakukan hubungan yang dicurigai
24.              Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

KESALAHAN SEDERHANA

1.                  Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali
2.                  Menyalahgunakan/ menggunakan peralatan/ sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran
3.                  Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
4.                  Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/ peperiksaan
5.                  Ponteng sebarang acara rasmi sekolah
6.                  Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan
7.                  Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/ skin head atau berwarna
8.                  Menconteng pada harta benda sekolah
9.                  Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindek telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga
10.              Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini

KESALAHAN RINGAN

1.                  Menyimpan misai, janggut atau jambang
2.                  Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu
3.                  Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang
4.                  Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran
5.                  Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
6.                  Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran
7.                  Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran
8.                  Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
9.                  Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/ bengkel/ bilik khas
10.              Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam
11.              Memasuki bilik khas tanpa kebenaran
12.              Makan atau minum di bilik darjah 
13.              Melakukan pembaziran air/ elektrik
14.              Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap
15.              Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain )
16.              Datang lewat ke sekolah
17.              Lewat bergerak ke perhimpunan/ bengkel/ makmal
18.              Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain
19.              Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan Sekolah20.Tidak membuang gerakerja yang ditugaskan
20.              .Mengganggu kawasan
21.              Mengganggu guru
22.              .Lewat masuk kelas
23.              Mengotorkan kelas
24.              Tidak duduk setempat
25.              Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini



MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN

1.                  KESALAHAN DILIHAT SECARA OBJEKTIF
            - Jangan terlalu / ikut emosi
            - Buat kesimpulan terburu-buru        

2.                  WUJUDKAN SUASANA TENANG
            - Semasa siasatan dibuat
            - Dapatkan bukti-bukti / saksi

3.                  BERI PELUANG PELAJAR MEMBUAT PENJELASAN
            - Cuba fahami

4.                  MEMBANTU MURID SEDAR KESALAHANNYA
            - Nasihat ubah kelakuan
            - Kaji punca-punca masalah
            - Rujuk pada Guru Kaunseling

5.                  KESALAHAN DISIPLIN SERIUS
            - Perlulah dimaklumkan kepada Pengetua

6.                  MERUJUK KES-KES TERTENTU KEPADA PIHAK BERKAITAN.
            - JPN, Polis, JKM, AADK dan lain-lain.

KESIMPULAN

            Tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar bukan hanya terletak pada bahu seorang pengetua / guru besar sesebuah sekolah semata-mata. Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang ada disesebuah sekolah. Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan dengan telus dan amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam pekeliling ikthisas dan peraturan sekolah.


RUJUKAN

Rujukan yang telah dirujuk:

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995