BAB 14
PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pengenalan
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan
Khas 2013) Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya
pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau
di sekolah yang
melaksanakan PPKI atau Program Pendidikan Khas Inklusif,
pada peringkat
pendidikan pra sekolah; pendidikan rendah; pendidikan
menengah; atau pendidikan
lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa
‘Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK)’ ertinya murid yang diperakukan
oleh pengamal
perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli
psikologi, mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau
tidak, sebagai murid yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan; ketidakupayaan
pendengaran;
ketidakupayaan pertuturan; ketidakupayaan fizikal;
masalah pembelajaran; atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan
dan masalah, seperti
yang disebut. (MOHDNASIR, 2016).
Isi Penting
Apa yang saya pelajari dari topik ini adalah terdapat 3
isi penting boleh dikongsikan bersama. Pertama, program pemulihan. Program
pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang
mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan
oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di
ruang yang khusus. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid tersebut lebih
banyak bertanya dan mengurangkan rasa malu pelajar tersebut. Program pemulihan
tersebut dijalankan untuk menggurangkan masalah yang dihadapi oleh murid
pelbagai upaya.
Seterusnya
adalah penggayaan.Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai
satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada
itu. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan
menegak.aIa juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara
tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar
bergeerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain itu, ia
juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.
Akhir
sekali, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik,
kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan
pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada
satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada
diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali Cuma guru perlu
lebih perhatian terhadap golongan ini.
Rumusan
Guru perlu membantu mengatasi masalah tingkah
laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran
akademik. Manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah
lebih tertumpu pada masalah kognitif sahaja. Dengan
kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang telah
dikuasai oleh guru yang profesional, pembelajaran dapat
ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini
perlu bantuan dari pelbagai pihak. (Fong, 2018). Guru juga memainkan peranan penting dalam masalah murid pelbagai upaya.
Selain guru, ibubapa juga perlu membantu murid murid ini menggapai kejayaan.
Rujukan
Fong, C. E. (2018). Dari Pendidikan Khas ke Pendidikan
Pemulihan: Dua Program Masalah Pembelajaaran.
MOHDNASIR, S. N. (2016). PELAKSANAAN PROGRAM
TRANSISI KERJAYA (PTK) MURID. 1-2.
No comments:
Post a Comment