Saturday, 23 November 2019


PENGURUSAN PEMBELAJARAN DARI PELBAGAI ASPEK


                           Rajah 1 Pengurusan pembelajaran dari pelbagai aspek


Pendahuluan


Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. (Nurlia Mohamad, 2012).

Isi Penting

Pengurusan pembelajaran mempunyai pelbagai aspek, antaranya ialah:
a.       Tradisional
Pembelajaran tradisional merupakan pembelajaran di mana secara umumnya pusat pembelajarannya hanya terletak pada guru. Jadi guru amat berperanan sebagai pengajar dan pendidik serta cenderung aktif di mana pelajar hanyalah sebagai objek dalam pendidikan. Sistem pembelajaran tradisional ialah dengan cara bertemu pelajar dan pengajar untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran. Pada umumnya pembelajaran tradisional menggunakan cara-cara sederhana, iaitu melalui ceramah. Ceramah dalam pembelajaran secara terus menerus justru dapat membuat pelajar dapat dididik menjadi bosan, sehingga pembelajaran yang disampaikan guru tidak dapat diserap oleh pelajar secara optimal. Pendekatan tradisional merupakan sebuah pendekatan pembelajaran dimana guru berada di dalam kelas menggunakan pembelajaran yang hanya mengajar dihadapan tanpa melakukan apa-apa aktiviti setiap kali mengajar. Guru terkesan lebih aktif daripada pelajar. Gurulah yang memegang peranan penting dalam pembelajaran. Pendekatan pembelajaran ini kurang menggunakan alat atau media yang memadai, sehingga hasil belajar pelajar kurang luas dan mendalam.

b.      Moden
Tidak dinafikan teknologi memainkan peranan besar kepada perkembangan pendidikan, menyediakan pelbagai kemudahan tanpa sempadan kepada pelajar dan pelbagai aktiviti interaktif memudahkan pembelajaran terutama di peringkat rendah. Minat pembelajaran dapat ditingkatkan dan isi kandungan mudah difahami kerana dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan. Antara contohnya menggunakan guna peranti inovasi dalam pendidikan moden, Menurut beberapa kajian dan pelan pembelajaran tanpa sempadan, kaedah baru berteraskan penggunaan peranti moden seperti telefon pintar, tablet, notebook dan seumpamanya dilihat sebagai inovasi dalam dunia pendidikan dan berpotensi memacu pemikiran positif dan kreatif pelajar dalam mempelbagaikan pencarian ilmu secara lebih meluas.
Generasi baharu ini juga pasti tidak kekok dan bersedia menerap ciri pembelajaran lebih bersifat Student Centered Learning di mana selain berupaya menarik minat mereka, ia juga akan memberi impak positif dalam penerokaan ilmu baharu dan pembudayaan penyelidikan pada peringkat lebih awal.
Pembelajaran konvergen banyak dibantu oleh apa yang dipanggil sebagai e-learning. E-learning merujuk kepada pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN atau internet untuk penyampaian kandungan, interaksi atau pemudahcara melalui internet, intranet, TV interaktif atau aplikasi digital.
Bahan pembelajaran e-learning juga mempunyai ciri multimedia seperti audio, visual dan interaktif serta mempunyai capaian bagi bimbingan dan juga perbincangan atas talian. Kemudahan ini memberi kemudahan tanpa sempadan kepada pelajar, di samping memupuk etika pembelajaran tinggi apabila belajar tanpa guru, dengan bantuan teknologi.


c.       Barat
Pertamanya ialah sistem persekolahan, Pendidikan percuma diberikan kepada kanak-kanak sejak berusia tiga tahun. Kelompok kanak-kanak ini dibenarkan untuk berada di nurseri dalam tempoh tiga jam sehari. Bagi ibu bapa yang bekerja, polisi baharu telah membenarkan anak mereka untuk berada di nurseri selama enam jam sehari. Setelah menginjak ke usia empat tahun, semua kanak-kanak diwajibkan menghadiri sesi persekolahan bagi tempoh enam jam. Sesi persekolahan bermula kira-kira jam 8.50 pagi dan berakhir kira-kira jam 3.15 petang. Murid-murid akan bercuti pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).
Cuti penggal pula lazimnya adalah ketika perayaan Krismas, Easter, musim panas, musim luruh dan pada Februari. Murid-murid perlu memakai baju putih polo atau baju putih berkolar dan baju panas (yang mengandungi logo sekolah), seluar hitam atau biru gelap, berstoking putih dan berkasut hitam. Mereka juga diminta membawa beg buku yang mengandungi buku cerita dan kerja rumah. Semasa subjek Pendidikan Jasmani pula, mereka diminta memakai kasut sukan khas atau plimsoll, baju putih tidak berkolar dan seluar sukan. Beg khas juga perlu disediakan untuk menyimpan pakaian sukan tersebut. Pakaian seragam dan beg tersebut boleh dibeli daripada pihak sekolah dengan harga berpatutan. Selain daripada menyimpan buku dan kerja sekolah, beg tersebut digunakan oleh guru untuk menyampaikan surat dan notis pemberitahuan sesuatu maklumat kepada para penjaga. Maka, menjadi kewajipan kepada pihak penjaga untuk memeriksa beg anak mereka pada setiap hari.


d.      Islam
Sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja. 
e.       Cina
Kebiasaanya sistem pengurusan Cina adalah 1 sistem yang sangat teratur. Kebiasaanya, sekolah cina amat menggalakkan untuk membuat latihan dan latih tubi yang terlalu banyak. Jadi kebanyakannya orang cina ini amat ditekankan kan untuk menjadi lebih kental dan sentimental sepatutnya lebih tabah. Sekolah cina juga amat menggalakkan setiap seorang pelajar sekolahnya membawa air mineral sebanyak 1 liter sekurang-kurangnya. Sesetengah sekolah cina akan membuat rengangan atau senamrobik pada waktu pagi waktu perhimpuanan sekolah agar semua muridnya dapat mencergaskan diri dan mencerdaskan minda. Di sekolah cina juga amat menggalakkan menghormati guru yang amat tinggi.

f.       India
Pengurusan pembelajaran india agak berbeza kerana kebanyakanya seperti racist di dalam Negara sendiri. Contohnya kebanyakan sekolah india guru-gurunya adalah dari guru india sendiri, dalam semua subjek. Di kelas juga kebanyakan sekolah masih membeza-bezakan kasta di dalam kelas.

g.      Pembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi kendiri.  Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individi mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup (Ibrahim Ahmad Bajunid 2006, Hargreaves 2004, Aspin et al. 2001, Gelpi 1995).
Zulkefli (2005) mentakrifkan PSH atau Pembelajaran Brerterusan sebagai prose sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.


Rumusan

Untuk Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai dan juga  penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan  mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan dunia.

Rujukan







No comments:

Post a Comment