BAB 4
KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH
Pengenalan
Menurut
dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada
bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu. Kepemimpinan adalah
seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang,
mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu
mempunyai cara dan seni sendiri. Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan
memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa). Organisasi yang baik mempunyai orentasi
visi dan misi ke depan. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta
sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih
tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di
sekolah melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong kanan hal ehwal murid,
penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan kaunseling, guru kelas, guru
serta murid.
Isi penting
Organisasi Dan Kepimpinan Sekolah
PENGETUA -Pemimpin/Ketua
-Pengurus
kurikulum dan kokurikulum
-Pengurusan
tenga pengajat dan kakitangan
-Pengurus
dalaman dan luaran
PENOLONG KANAN
-Mengajar
-Membantu
pengetua dalam pengurusan kurikulum
-Bantu
dalam pentadbiran harian
PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID
-Mengajar
-Pengurusan
kebajikandan disiplin pelajar
-Kemasukan
dan pendaftaran pelajar
-Perhubungan
awam tugas-tugas lain
PENOLONG KANAN
KO-KURIKULUM -Mengajar
-Pengurusan
kurikulum dan kokurikulum
-Perhubungan
awam
-Pentadbiran
harian
-Tugas-tugas
lain
GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
-Menyusun
program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
-Memberikan
khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
-Membuat
rancangan tahunan sekolah
GURU KELAS
-Buku
daftar kedatangan
-Pengurusan
yuran khas
-Perkara-perkara
akademik
-Bantuan
kewangan
-Biasiswa
-Tugas-tugas
lain
GURU
-Mengajar
-Membuat
perancangan P&P
-Menjaga
disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
-Mentadbir
dan mengurus bilik darjah
-Tugas-tugas
lain
MURID
-Mematuhi
dan memahami peraturan sekolah
-Menjaga
dan memelihara harta benda sekolah
-Menjaga
serta meningkatkan kebersihan sekolah
-Memahami
susun lapis masyarakat di sekolah
-Menghormati
lagu sekolah
Gaya
Kepimpinan semestinya diamalkan di sekolah. Terdapar beberapa gaya kepimpinan
Yang
wujud. Antaranya ialah :
a) Gaya kepimpinan autokratik
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih
mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis
ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan
yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin
antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan
terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat
orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima.
Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong
namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
b) Gaya kepimpinan demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling
berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat
lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila
membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar
setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan
pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha
memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih
bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat
kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.
c) Laissez-faire
Kepimpinan
bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan
kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan
kerja mereka. Pemimpin sedemikian biasanya memberi
kebebasan kepada pekerja untuk menentukan matlamat
mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.
Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak
memimpin mereka dalam melakukan tugas.
d) Gaya kepimpinan kontegensi
Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada
hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan
bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan
situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri.
Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi
akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza: struktur
organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.
e) Asertif
Kepimpinan
asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan
keinginannya, membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka
boleh menerangkan dengan jelas apa yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati
orang lain. Kepimpinan asertif mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam membuat
keputusan. Mampu mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang kita tahu
dengan kebenarannya.
f) Responsif
Kepimpinan
responsif adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum
membuat tindakan. Kepimpinan responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan
melihat setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya.
Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap
pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.
g) Agresif
Gaya
kepimpinan agresif adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan
hak, kepentingan, pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak
orang lain. Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling
benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang
lain. Mereka selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan
yang agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan
menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya
dan untuk membuktikan dia bersalah.
Rumusan
Kesimpulannya,
daripada perbincangan diatas kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu
itu mempengaruhi anggorta-anggota lain dalam kumpulannya kearah mencapai tujuan
dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang
sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi
mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya,
pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik
kejayaan dalam organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa
kepimpinan yang berkesan.
Rujukan
http://nashatulazzura.blogspot.com/2018/12/tajuk-4-kepimpinan-dan-organisasi.html
No comments:
Post a Comment