BAB 6
PENGURUSAN SUMBER
Pendahuluan
Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi
pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu
tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut (Buck,2010)
pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri
daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan
kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau
kumpulan.
Sumber pula membawa maksud , sesuatu yang menjadi rujukan
untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh
digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai
bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai
kategori sumber antaranya dari alam atau semulajadi,manusia, serta kewangan dan
teknologi. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam
kehidupan dan adea kaitan juga dengan pengurusan. Menurut AECT (Association for
Educational Communication and Technology) 2008, meliputi sumber yang dapat
digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk
gabungan,biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar.
Oleh itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai
bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang,
memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran
berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi
menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran
agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula
ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen
rujukan para pelajar dan guru.
Isi Penting
Antara isi yang terdapat dalam bab
pengurusan sumber ialah:
Objektif pusat sumber
· Membantu
pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan ilmu
pengetahuan mengenai sesuatu subjek.
· Memupuk
kemahiran menggunakan bahan pusat sumber
· Memupuk
dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik
· Membantu
guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk pengajaran
· Membantu
memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat dan kecendurangan.
Fungsi pengurusan sumber
ü Pusat
profesional
Contohnya: aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam
aspek kerja berkumpulan.
ü Pusat
perkembangan idea dan kreativiti
Contohnya: mengadakan satu pertandingan
nilam dan sebgainya untuk para pelajar
ü Mengisi masa
lapang
Contohnya: para pelajar dapat berkumpul
disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut
menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran.
ü Pusat
kegiatan belajar dan mengajar
Contohnya: para pelajar dan guru akan
menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran.
Ciri-ciri pusat sumber
o Menyeronokan
murid
o Menjimatkan
masa
o Sumber
rujukan senang diperoleh
o Kesesuaian
tempat
o Mempelbagaikan
kegiatan murid
o Tujuan
pusat sumber
2.3 Komponen
pengurusan sumber
Ø Pengurusan
infrastuktur
Ø Pengurusan
sumber manusia
Ø Pengurusan
kewangan
Ø Pengurusan
sumber pengajaran dan pembelajaran
Ø Pengurusan
pusat sumber
Jenis sumber pembelajaran
§ Sumber asas
Contohnya: buku, majalah
§ Sumber
rujukan elektronik
Contohnya: rujukan online
§ Sumber
elektronik
Contohnya: menggunakan teknologi ict
§ Sumber
pengalaman
Contohnya: lawatan dan sebagainya.
Cara penggunaan sumber pembelajaran
v Sesuai
dengan situasi pembelajaran
v Merancang
penggunaan sumber pembelajaran
v Membimbing
pelajar menggunakan sumber pembelajaran berpusatkan murid
komponen pembelajaran berasaskan sumber
· buku
teks
· aktiviti
penelitian
· pencarian
bahan dari pelbagai sumber
· latihan
penyelesaian masalah
· penggunaan
alat pandang dengar
kepentingan pengurusan sumber
ü merangsang
minat pelajar
ü menyediakan
pengalaman sebenar
ü melibatkan
pelajar belajar secara aktif
ü memberi
peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat
RUMUSAN
Sebagai kesimpulan bagi bab ini, pengurusan sumber dalam bidang
pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah
diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya
sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan
pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu
bantuan dalam sistem pembelajaran.
RUJUKAN
Ø https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber
Ø RujukanAbdul
Aziz Yusof (2004).
Ø Kepimpinan
Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi Kemanusiaan.
Pearson Prentice Hall.Abdul Aziz Yusof
(2007).
Ø London:
Kogan Page Limited.Buck, Frank (2010).
Organization Made Easy!-Tools for
Todays Teachers.
New York: Eye onEducation.Cari Ilmu
Online Borneo (2010).
No comments:
Post a Comment