Topik
pengurusan dan pembelajaran pelajar ini membincangkan bagaimana seseorang guru
menguruskan pembelajaran murid. Oleh itu,guru perlu memainkan peranan utama
dalam aspek pengurusan bilik darjah bagi melahirkan insan yang cemerlang
Pengurusan bilik darjah yang baik dan sistematik dapat meningkatkan keupayaan
murid untuk belajar dan dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah.
Masalah-masalah disiplin yang timbul ini berpunca daripada gaya pengajaran guru
yang membosankan atau kurang kreatif dalam teknik pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan. Oleh itu, setiap guru perlulah mempelbagaikan kemahiran
pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah.Mereka perlu
menjadi pakar dalam subjek yang diajar dan kemahiran mengawal tingkahlaku
pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku di bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah merupakan
faktor penting dalam mempengaruhi motivasi,tahap penglibatan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik
darjah.Sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah
yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasi untuk menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran secara formal dengan penuh minat,memberangsangkan,aktif dan
mencapai objektif.Pengurusan pula ialah melibatkan penggubalan dan
perancangan,melaksanakan perancangan dan bekerjasama dengan berkesan untuk
melakukan perkara yang betul sehingga mencapai matlamat.(PPK,2001). Oleh
itu,pengurusan bilik darjah yang dinamik merupakan satu proses perancangan
P&P yang aktif,memberangsangkan,menyeronokkan dan menarik minat pelajar
untuk belajar hingga mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Isi Penting
Peranan
guru sebagai pengurusan bilik darjah
1. Guru
Sebagai Perancang
Sebelum
memasuki bilik darjah,sebagai seorang guru yang aktif perlulah menyediakan
persiapan mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar.Perancangan pembelajaran yang dibuat perlu menimbangkan tentang objektif
pelajaran,isi pengajaran,bahan-bahan pengajaran dan pengurusan
kemudahan.Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran.Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa
membuat perancangan pengajaran dan haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan
pelajaran,pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka.
Pemilihan strategi dan kaedah
mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran.Strategi dan
kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara
sistematik dan menarik,memastikan murid mecapai objektif yang
dikehendaki. Pemilihan bahan pengajaran seperti bahan bantu mengajar dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan lebih
berkesan.Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah melibatkan pelajar dengan
forum sesama rakan dan mengadakan kuiz. Melalui cara ini, guru bukan sahaja
dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar, malah dapat meningkatkan daya
kefahaman murid tentang apa yang dipelajari. Kerja merancang pengajaran pula
meliputi pengurusan kemudahan. Nordin Tahir (IPIP,2014) menggariskan beberapa
ciri kemahiran merancang seperti berikut:
i) Pengajaran
efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit berdasarkan sukatan pelajaran
serta kebolehan murid
ii) Isi
pelajaran dalam rancangan mengajar disusun dari mudah ke
kompleks,bermakna,releven dan menarik
iii) Rancangan
mengajar harus memasukkan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
iv) Utamakan
pendekatan berpusatkan murid
v) Rancangan
mengajar harus disusun mengikut langkah yang lengkap
2. Mengelola
Dalam Bilik Darjah
Seorang
guru harus mengelola segalanya di dalam kelas seperti mengurus bilik darjah.Ia
merangkumi pelbagai aspek seperti menyedia,mentafsir, dan menyimpan rekod
pelajar. Guru harus mempunyai rekod kesihatan,keputusan dan sebagainya dan pada
masa ini disimpan dalam bentuk e-rekod iaitu dalam sistem internet. Guru juga
perlu mengambil kira kedatangan kelas dan memastikan pelajar yang tidak hadir
memberikan sebab mengapa tidak hadir pada hari tersebut.Guru juga perlu
menyimpan rekod peribadi murid iaitu kad001 dan kad kad002 di mana kad ini
merangkumi segala maklumat peribadi murid dan juga guru perlu menyimpan rekod
yuran sekolah dan yuran harian. Guru juga harus memastikan disiplin kelas
sentiasa dalam keadaan terkawal.Guru juga memastikan pelajar tidak membawa
barangan larangan seperti rokok dan telefon bimbit ke sekolah. Guru juga perlu
memastikan kemudahan kelas seperti kerusi,meja dan papan putih dalam keadaan
lengkap di dalam kelas.
3. Mengawal
Bilik Darjah
Guru
berperanan dalam mengawal bilik darjah dan mengawal peraturan bilik
darjah.Contohnya guru mengawal pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan di dalam kelas agar tiada sebarang perkara tidak bermoral berlaku di
dalam kelas.Guru juga harus mengawal masalah peribadi yang dialami oleh pelajar
mereka.Guru perlu memastikan pelajar tidak membawa masalah peribadi ke
sekolah.Guru juga harus memastikan tiada masalah disiplin berlaku di dalam
kelas terutamanya dalam kalangan pelajar lelaki seperti masalah pergaduhan dan
masalah buli dan kes mencabul di dalam kelas.
4. Mengarah
Dalam Biilik Darjah
Guru
harus mengarah pelajar untuk menjawab soalan selepas proses pembelajaran
berlaku untuk memastikan pelajar faham apa yang dipelajari.Namun, guru tidak
boleh marah atau memaki hamum pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang
ditanya.Guru juga harus mengarah murid untuk membentuk kumpulan untuk membuat
aktiviti kumpulan contohnya melalui “round table” iaitu salah satu cara
aktiviti yang berkesan. Guru juga mengarah murid menguruskan tugasan harian dan
segala tugasan harian mengikut jadual bertugas.Guru harus memastikan setiap
tugas yang diberikan diikuti oleh setiap pelajar dan memastikan setiap pelajar
bertanggungjawab terhadap tugasan masing-masing.
Kesimpulannya,untuk
pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini,ianya melibatkan proses seperti
merancang,melaksana,menilai dan membuat tindakan susulan termasuk
penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki
segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua
aspek Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
termasuklah prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selain sistematik
dalam merancang dan menilai dan juga sabar dalam menghadapi karenah murid
pelbagai latar belakang. Selain itu, guru harus mengurus masa dengan baik dan
mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh hal yang demikian, pengurusan dalam
pembelajaran penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih
efektif dan menarik selain dapat melahirkan pelajar dan masyarakat yang
cemerlang dan mampu membangunkan dunia.
Rumusan
Untuk
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses
seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk
penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki
segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua
aspek.
Seterusnya, ciri-ciri seorang
pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka
terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai dan
juga penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. Selain
itu, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.
Oleh yang demikian, pengurusan dalam
pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting sebelum memulakan
sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik selain dapat
melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan dunia.
Rujukan
Bab 1
Pendahuluan.Diperolehi pada 14,2015 daripada
Nurlia
Mohamad.Penyelia Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di
Daerah Kota Tinggi, Johor.
Lembaga Penilaian
Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia
Strategi,
Kaedah,Pendekatan dan Teknik Pengajaran
Pengurusan Bilik
Darjah_Pendahuluan
No comments:
Post a Comment