BAB 13
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai
keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala
persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut(
Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat
merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah
laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan
suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan,
penilaian, dan memberikan maklumbalas.
Isi Penting
Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari
daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara
perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu,
peralatan, ruang dan persediaan untuk mengajar didalam kelas.
Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai
persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas.
Seterusnya adalah
buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah
merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala
aktiviti yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod
segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.
Akhir sekali, perlaksanaan P&
P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set
induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting
dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan
pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru
juga mengaitkan
pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu,
penyampaian isi. Guru
menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa
langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa
(tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan
melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan
atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.
Rumusan
Pengurusan
alam pembelajaran ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan
selepas pengajaran.Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititkberatkan kepada
para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu,
segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan
pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan ini supaya dalam kelas , sesi
pembelajaran berlangsung dengan lancar. Tidaklah timbul masalah terlebih atau
terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut.
Rujukan
Shaarai,
L. F. (2012). PENGGUNAAN STRIP KOMIK BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM
TOPIK KITARAN AIR TAHUN 5.
Eng,
J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan
komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn
Bhd.
No comments:
Post a Comment