Saturday, 23 November 2019

BAB 1

SOSIOLOGI PENDIDIKAN


Rajah 1.1 menunjukkan teori sosiologi pendidikan dan jenis-jenis sosiologi

Pendahuluan

Sosiologi pendidikan bermaksud, kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial sistematik dan saintifik yang penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Tisher,Whitten&Hunter(1983) mengatakan sosiologi adalah pengkajian saintifik tentangmasyarakat manusia dan interaksi sosial. Fokus utama sosiologi adalah kelompok manusia danbukan individu.Ia terletak di antara sains fizikal dan kemanusiaan (sains sosial) Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat. Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai beradapada struktur sosial tertentu.

Isi-isi penting

Terdapat beberapa perspektif teori sosiologi pendidikan, antaranya ialah:
                                            i.            Fungsionalisme
Terdapat juga Teori fungsionalisme yang mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusandan perkembangan masyarakat yang dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri yang bermaksud ada tujuan dan keperluan tertentu. Secara sederhana teori fungsionalisme bisa dilihat dari prilaku dan tugas dari masing-masing unsur di sekolah. Kepala sekolah tentunya memastikan bahwa pentadbiran berjalan dengan semestinya, sebagai leader di sekolah memiliki wewenang penuh dalam hal: perancangan, pengorganisasian, pelaksanaan, pengawasan dan pengevaluasian pada sekolah yang dia pimpin. Selain itu dia merupakan pengambil kebijakan dan bertanggung jawab atas kemajuan sekolah. Guru berperan sebagai tenaga pendidik yang berperan penting dalam merancang dan melaksanakan materi, strategi, dan metode pengajaran yang relevan, sehingga meningkatkan prestasi murid-murid. Sementara murid bertugas untuk datang ke sekolah dan mentaati peraturan yang ada, memiliki semangat belajar untuk kemajuan di masa hadapan, dan menjaga nama baik sekolah dengan tidak mengikuti perkelahian dalam sekolah mahupun dengan murid-murid sekolah lainnya.

                                          ii.            Konflik
Teori konflik ini kemudian memunculkan apa yang dinamakan sebagai perspektif konflik. Perspektif ini melihat masyarakat sebagai sesuatu yang selalu berubah, terutamanya sebagai akibat dari dinamik pemegang kekuasaan yang terus berusaha untuk menjaga dan meningkatkan posisinya. Dalam mencapai tujuannya, suatu kelompok seringkali harus mengorbankan kelompok lain. Disebabkan itu konflik selalu muncul, dan kelompok yang tergolong harus selalu berusaha meningkatkan posisinya dan memelihara dominasinya. Pandangan ini berorientasi pada struktur sosial dan sosial dalam masyarakat. Perspektif ini memandang masyarakat yang secara terus  berubah dan masing-masing bahagian dalam masyarakat berpotensi untuk menciptakan perubahan sosial. Dalam konteks pemeliharaan sosial, perspektif ini lebih menekankan pada peranan kekuasaan.

                                        iii.            Interaknisme simbolik
Proses menginterprestasikan simbol sangat kompleks interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri  kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai, jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat dinamik. Interaksi simbolik juga boleh melalui gaya(body language) serta bergantung pada kekuasaan dan amalan . contoh yang paling mudah adalah bila bagi isyarat dengan meletakkan jari di bibir bermaksud suruh untuk kita senyap.

Jenis-jenis sosialisasi

·         Primer
Primer adalah jenis-jenis sosialisasi berpunca dari keluarga sendiri. Antaranya masalah keluarga seperti ibu dan bapa selalu bertengkar di dalam rumah, selain itu masalah anak tidak mahu ke sekolah juga adalah masalah. Apabila anak-anak tidak mahu ke sekolah kerana mendapat seorang guru yang sangat garang.

·         Sekunder
Sekunder pula ialah sosialisasi yang berpunca dari masyarakat sekeliling dan rakan sebaya. Pengaruh terbesar yang ada pada peringkat ini ialah rakan sebaya. Rakan sebaya kebanyakannya kalau salah pilih akan bawa kita ke jalan yang tidak betul.

·         Resosialisasi
Resosialisasi ini ialah dalam proses mengubah  dan selalunya berpegang pada teori konflik. Perubahan bagi peringkat resosialisasi ini bukan mudah. Mungkin mengabil masa berbulan bahkan ada juga bertahun.

Rumusan

Sebagai rumusan, sosiologi adalah merupakan suatu kajian yang sistematik dan saintifik mengkaji tentang manusia dan interaksi sosial dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Melalui interaksi bermacam-macam fenomena sosial akan berlaku, sama ada sesuatu perkara itu akan berkekalan, berubah, berkembang, ditinggalkan ataupun mundur. Sosiologi memfokus kepada kajian penghidupan sosial di zaman yang dianggap moden. Disebabkan bahan kajiannya adalah masyarakat, maka skop kajian adalah sangat luas bermula dari peringkat yang paling kecil hubungan antara manusia (seperti hal percintaan, perkahwinan) hinggalah ke proses sosial yang besar (seperti isu peperangan, globalisasi) – dari peringkat keluarga hinggalah peringkat dunia. Dalam konteks pendidikan, sosiologi membawa perubahan kepada pendidikan dalam sesebuah negara.


Rujukan




No comments:

Post a Comment