Pendahuluan
Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan
oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh
diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah
manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear
(2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi,
bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan
otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada
dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh
individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah
laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu
mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan
bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam,
tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal
dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa
dan mempunyai masalah psikologi.
Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan
emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku
pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan
prestasi pembelajaran. Tingkah Laku Bermasalah Tingkah laku bermasalah
ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif
yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku
terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat
belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi
kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.
Isi Penting
FAKTOR YANG
MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU
Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah
seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor
seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan
berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah
laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas.
Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal
sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah
laku yang negatif. (Saayah Abu:2008).
Penderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering
menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku
apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di
samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk
ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan
terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan
dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain.
Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak
negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau
sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang
dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula
apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di
sekelilingnya.
Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987
dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak
yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap
orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya
tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa
tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan
perkembangan apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti
sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai
dapat menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan
sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira
sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit
skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi
yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah
diberi dengan cukup.
Pengurusan Tingkah Laku
Pengurusan tingkah laku boleh
ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku
bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas,
pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah laku,
guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian
awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan
menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang
betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara
konsisten. Manakala tingkah laku negative guru perlu membuat pemantauan dan
penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.
PERATURAN DAN
DISIPLIN MURID
a) Disiplin
- Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi
kesempurnaan kehidupan.
- Kesanggupan seseorang murid
menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.
b) Pengurusan Disiplin
Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup
dalam satu kelompok masyarakat. Perkara penting perlu diperhatikan
terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen
undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.
c) Tanggungjawab pengetua / Guru-guru
1. “Vicarious Liability” –
bertanggungjawab secara
langsung terhadap semua perkara di sekolah
yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap
murid-murid.
2.
Umumnya – mendidik, menjaga dan “duty of care”.
3.
Penyeliaan di Bilik Darjah – perlu menyelia dan
memastikan keselamatan dan mengambil langkah
proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar
munasabah.
4.
Pengetua – mengambil maklum dokumen
undang-undang, berkongsi / menyebarluas,
mengingatkan staf secara konsisten dan
perlu
memastikan guru mahir / tahu.
5.
Guru – “In-loco parentis” / tanggungjawab seperti. Ibu bapa.
Cuai boleh didakwa.
d) PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN DI SEKOLAH
1.Tindakan yang betul
a) Diberitahu – kesalahan & hukuman
b) Keterangan bela diri
c) Kemuka Rayuan - didengari
d) Jatuh hukuman dengan adil.
2.Rujuk – Buku
Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas
3.Elak hukuman –
tidak tepat, mendera menjatuhkan
maruah & tidak ikut surat pekeliling ikhtisas
ORDINAN PELAJARAN
1957 PERATURAN DISIPLIN 1959
Peraturan
4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab
guru besar atas disiplin)
“Guru
Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah”
dan
bagi maksud itu hendaklah
“mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.”
Peraturan
5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Kuasa-Kuasa
guru besar)
- Bagi maksud menjaga disiplin
dikalangan murid-murid,guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan
hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat
Peraturan 7 : PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR
- Guru besar
sesebuah sekolah boleh dari semasake semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat
dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa
menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada
murid-murid yang ditetapkan olehnya bagimaksud itu tetapi yang disebut di atas
itu tidak seorangpun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan
dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera
tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana guru selain guru berdaftar.
Peraturan
9 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: Kuasa pendaftar
mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.
Peraturan 10 : Rayuan
(1)
Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau
dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang
boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut
:
(2)
Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana
perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam
tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh
perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana
yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen
90 dan 91 ordinan.
Peraturan 11 : Catatan dibuang sekolah dalam Sijil
Berhenti Sekolah
(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana
murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah
peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh
membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut :
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana
murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah
peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN
dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut
dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama,
merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
PERATURAN 12 : Peraturan masuk balik sekolah
Seseorang
murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan
9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu
dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya)
(a)masuk
atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa
kebenaran Pendaftar Besar.
PEKELILING IKTHISAS
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
“tiap-tiap
guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
“semua
guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah
bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
“….masalah
disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru
disiplin ditambah di sekolah-sekolah.” “….semua guru hendaklah berfungsi
sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”
SURAT
PEK.IKHTISAS BIL:
7/2003Kuasa
Guru Merotan Murid
• Hukuman rotan di khalayak sama ada
di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran
dan pembelajaran adalah dilarang.
• Tindakan sedemikian akan menjatuhkan
maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.
Pengurusan
Pelajar Secara Kolektif
Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial
di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan peajar secara bersepadu/kolektif
hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin
pelajar.Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang
terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan
HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas
dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin
yang timbul di sekolah.
Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian
tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.
Mengenakan
Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang
Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.
Contohnya:
-Mengetuk
: menyekel : menampar : mencubit hingga lebam : memulas telinga : mengenjut
beberapa kali sambil memegang telinga : mencela : mendera seperti berlari keliling
padang & menjemur
-Hukuman-hukuman tersebut dilarang
kerana dianggap melampau, berbentuk cacian dan seksaan.
Lapor
Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah
- Mengikut kanun Prosedur Jenayah
adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan
bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya
atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti
merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba membunuh,merompak,membakar
bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau
menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.
PEKELILING DAN PERATURAN
1. TINGKAH LAKU JENAYAH
111 – BERJUDI
112 – MENCURI
113 – LAWAN / ANCAM / PUKUL / CEDERA GURU
114 - LAWAN / ANCAM / PUKUL / CEDERA PENGAWAS
115 – MEMERAS UGUT
116 – MEMBULI
117 – MENGANGGOTAI KUMPULAN HARAM / KONGSI GELAP
118 – MENYALAHGUNAKAN DADAH
119 – MEMBAWA SENJATA BERBAHAYA
120 – MENCABUL KEHORMATAN
121 – ANCAM / PUKUL / CEDERA MURID LAIN
122 – MENCEROBOH BILIK KHAS / KEDAI KOPERASI PEJ.SEKOLAH
124 – TUNJUK PERASAAN / BERPIKET / GANGGU KETENTERAMAN
SEKOLAH
125 – BERTARUH SECARA BESAR-BESARAN.
2. TINGKAH LAKU LUCAH
221 – BERCUMBU - CUMBUAN
222 – BERKHALWAT
223 – MEMBAWA BAHAN-BAHAN LUCAH
224 - MENGINTAI MURID-MURID PEREMPUAN
225 – MENGUNAKAN KATA PERBUATAN LUCAH
226 – MELUKIS & MENULIS KATA-KATA & GAMBAR LUCAH
3 KEKEMASAN DIRI
331 – RAMBUT PANJANG / FESYEN RAMBUT KETERLALUAN
332 – BERKUKU PANJANG
333 – BERMISAI ATAU BERJANGGUT
334 – MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN
SEKOLAH
335 – MEMAKAI BARANG PERHIASAN YANG DILARANG
KE SEKOLAH
4.
TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
441 – BERKELIARAN DI KAWASAN SEKOLAH
442 – DATANG LEWAT KE SEKOLAH
443 – LEWAT KE PERHIMPUNAN
444 - MAKAN DI KANTIN DI LUAR MASA REHAT
445 – LEWAT PULANG KE ASRAMA
5.
TINGKAH LAKU KURANG SOPAN & BIADAB
551 – BERKELAKUAN KASAR TERHADAP GURU
552 – BERKELAKUAN KASAR TERHADAP PENGAWAS
553 – BERKELAKUAN KASAR TERHADAP MURID
554 – BERBAHASA KESAT
555 – MENYIMPAN ROKOK
556 – MENGHISAP ROKOK
557 – MENGANGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
558 – TIDAK MENGHORMATI GURU
559 – TIDAK MENGHORMATI PENGAWAS
560 – MINUM MINUMAN KERAS
6.
TINGKAH LAKU MUSNAH
661 – MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
662 – MEROSAKKAN HARTA BENDA PENGETUA / GB / GURU- GURU
663 – MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
664 - MEROSAKKAN HARTA BENDA MURID
7.
TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR
771 – MENIPU YANG MELIBATKAN WANG
772 – MENIPU YANG MELIBATKAN KEPERCAYAAN
8.
PONTENG
881 – PONTENG KELAS
882 – PONTENG SEKOLAH
883 – PONTENG PERHIMPUNAN
884 – PONTENG KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH / KEGIATAN KO
885 – PONTENG UJIAN
886 – PONTENG PEPERIKSAAN
887 – PONTENG UNTUK ‘PRIVATE STUDY’
888 – PONTENG ASRAMA
9.
LAIN-LAIN
911 – BERGADUH / BERKELAHI
912 – KENAKALAN / HOOLIGANISM
913 – KESALAHAN SIBER
914 - MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH
A11 – PENGLIBATAN DALAM POLITIK
Kesalahan
Berat
1.
Melakukan
perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
2.
Mencetak,
menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
pita rakaman dan multimedia terlarang
3.
Membabitkan
diri dalam kumpulan haram
4.
Mencabul
kehormatan guru/ murid
5.
Melakukan
zina, liwat, hubungan luar tabii
6.
Melacur/
menjadi bohsia/ bohjan/ pondan
7.
Bersekedudukan
atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
8.
Mengintai
murid lelaki/ perempuan
9.
Menulis
atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan
10.
Merosakkan
harta benda sekolah/ guru
11.
Membawa
atau menggunakan bahan letupan
12.
Menulis/
melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah
13.
Membabitkan
diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau Merusuh
14.
Menyalahgunakan
alat permainan, elektronik atau baha-bahan multimedia
15.
Membawa
atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu pengajaran dan pembelajaran/ peperiksaan atau ujian
16.
Menganjur
atau membabirkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan masyarakat Malaysia
17.
Menganjur
atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia
18.
Melakukan
ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala ( tidak
berturut-turut) selama 60 hari/ selama 1 tahun sesi persekolahan
19.
Mengganggu
/ menjejaskan kuasa Guru Besar/ Pengetua atau guru yang menjalankan tugas
20.
Membawa
masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran
21.
Mengedar,
memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah
22.
Mengeluarkan
kata-kata lucah dan kesat
23.
Melakukan
hubungan yang dicurigai
24.
Kesalahan-kesalahan
lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
KESALAHAN SEDERHANA
1.
Melakukan
mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali
2.
Menyalahgunakan/
menggunakan peralatan/ sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran
3.
Keluar
dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
4.
Tidak
amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/ peperiksaan
5.
Ponteng
sebarang acara rasmi sekolah
6.
Tidak
menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan
7.
Fesyen
rambut keterlaluan seperti punk/ skin head atau berwarna
8.
Menconteng
pada harta benda sekolah
9.
Memakai
barang kemas keterlaluan seperti menindek telinga dan memakai subang berlebihan
daripada satu pada satu cuping telinga
10.
Kesalahan
lain yang difikir termasuk dalam kategori ini
KESALAHAN RINGAN
1.
Menyimpan
misai, janggut atau jambang
2.
Berambut
panjang atau menyerupai kumpulan tertentu
3.
Bermain
dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang
4.
Menggunakan
dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran
5.
Keluar
dari bilik darjah tanpa kebenaran
6.
Berada
di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran
7.
Menyimpan
atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran
8.
Menggunakan
alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
9.
Memasuki
atau tidak mematuhi arahan makmal/ bengkel/ bilik khas
10.
Memakai
barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam
11.
Memasuki
bilik khas tanpa kebenaran
12.
Makan
atau minum di bilik darjah
13.
Melakukan
pembaziran air/ elektrik
14.
Tidak
memakai pakaian sekolah yang lengkap
15.
Semua
kesalahan bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat
kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain )
16.
Datang
lewat ke sekolah
17.
Lewat
bergerak ke perhimpunan/ bengkel/ makmal
18.
Bising
dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain
19.
Menunggang
atau memandu kenderaan dalam kawasan Sekolah20.Tidak membuang gerakerja yang ditugaskan
20.
.Mengganggu
kawasan
21.
Mengganggu
guru
22.
.Lewat
masuk kelas
23.
Mengotorkan
kelas
24.
Tidak
duduk setempat
25.
Kesalahan
lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN
1.
KESALAHAN
DILIHAT SECARA OBJEKTIF
- Jangan terlalu / ikut emosi
- Buat kesimpulan terburu-buru
2.
WUJUDKAN
SUASANA TENANG
- Semasa siasatan dibuat
- Dapatkan bukti-bukti / saksi
3.
BERI
PELUANG PELAJAR MEMBUAT PENJELASAN
- Cuba fahami
4.
MEMBANTU
MURID SEDAR KESALAHANNYA
- Nasihat ubah kelakuan
- Kaji punca-punca masalah
- Rujuk pada Guru Kaunseling
5.
KESALAHAN
DISIPLIN SERIUS
- Perlulah dimaklumkan kepada Pengetua
6.
MERUJUK
KES-KES TERTENTU KEPADA PIHAK BERKAITAN.
- JPN, Polis, JKM, AADK dan lain-lain.
KESIMPULAN
Tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar bukan hanya terletak
pada bahu seorang pengetua / guru besar sesebuah sekolah semata-mata.
Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang
ada disesebuah sekolah. Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan
dengan telus dan amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung
dalam pekeliling ikthisas dan peraturan sekolah.
RUJUKAN
Rujukan yang telah dirujuk:
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber
Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995