Sunday, 24 November 2019

BAB 8

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.
        Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.
       Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama daripada murid untuk mencapai objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan juga termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.
      Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.
 Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berimpak akan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
                   i.  Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.
                 ii.  Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.
               iii.  Mengurangkan masalah disiplin.
               iv.  Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
                 v.  Murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.
               vi.  Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.
             vii.  Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum

Isi Penting

Dalam konteks pengurusan bilik darjah, terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor ini memainkan peranan dominan dalam menentukan hala tuju dan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran sama ada berjaya atau sebaliknya. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah:
                   i.  Perancangan yang rapi.
                 ii.  Pengelolaan yang berkesan.
               iii.  Mengawal sesi pengajaran dan pembelajaran.
               iv.  Menjalin hubungan positif antara guru dan murid
                 v.  Membuat refleksi dan impak.
Selain itu, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.
Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas atau keperluan kritikal iaitu papan hitam, papan kenyataan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid mengadakan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.
Bilik darjah yang efisien mestilah berukuran 7 meter x 9 meter dan boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman sesawang, komputer dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.
Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid-murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan serta semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Faktor sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.
Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu, tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu, guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang, 2008).
Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku antara guru dan murid yang dikenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang dikenali sebagai komunikasi pelbagai hala.
Selain itu, faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah di mana guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti:
                   i.  Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas.
                 ii.  Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau di dalam kelas.
               iii.  Cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan pensel warna dan lembaran kertas kerja daripada guru.
Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan kecindan, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008).
Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah:
                   i.  Gaya Kepimpinan Autokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif.
                 ii.  Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
               iii.  Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan tidak mesra. Selain itu, guru juga perlu peka dengan tugasan yang diberikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif dalam kalangan murid-murid (Dr. Ragbir Kaur, 2008).
Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang digunakan oleh guru untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, permainan, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan lebih giat lagi.
Di samping itu, persediaan guru merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah yang dinamik. Ada kalanya, murid-murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.
Bagaimanapun, kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, fleksibiliti iaitu tidak membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas dan pengurusan masa yang berkesan serta adanya unsur lucu atau kecindan.
Faktor-faktor lain dan cara-cara pengurusan bilik darjah yang boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah:
                   i.  Keadaan fizikal dan saiz bilik darjah – Bilik darjah harus selesa serta dilengkapi dengan peredaran udara yang baik dan pancaran cahaya yang mencukupi. Jika tidak, murid-murid merasa mengantuk dan situasi ini mengakibatkan mereka kurang memberi perhatian semasa aktiviti pembelajaran. Saiz bilik darjah harus menampung antara 25 hingga 30 murid untuk mewujudkan keadaan pembelajaran yang selesa.
                 ii.  Kedudukan murid – Pola kedudukan murid akan menentukan interaksi yang berlaku antara seorang murid dengan rakan-rakan sebaya dan guru. Guru-guru mesti memastikan bahawa kawasan kerja yang mencukupi disediakan bagi murid untuk menjalankan tugas semasa mengadakan aktiviti-aktiviti pembacaan, penggunaan komputer atau dalam penggunaan alat-alat pengajaran.
               iii.  Perhiasan bilik darjah – Setiap bilik darjah mesti dilengkapi sekurang-kurangnya dengan tingkap dan kipas dinding untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang selesa dan kondusif. Guru-guru juga perlu merancang perhiasan bilik darjah pada setiap sesi awal persekolahan supaya perhiasan lama di dalam bilik darjah dapat dihiaskan semula.
               iv.  Peraturan dan panduan kelas – Panduan dan peraturan bilik darjah yang digunakan dapat membantu guru mengawal dan mengurus bilik darjah. Peraturan-peraturan ini harus berfokus kepada aspek-aspek menumpukan perhatian, menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain, mengurangkan kebisingan dan penyelesaian semua kerja rumah dan tugasan sekolah.
Bagi seseorang guru, kepekaan berkaitan rutin bilik darjah juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Ini kerana rutin bilik darjah ialah intipati asas dalam konteks pengurusan bilik darjah. Rutin bilik darjah yang sistematik dapat mengelakkan sebarang gangguan di dalam bilik darjah seperti berikut:
                   i.  Meringankan suasana tegang dan menyediakan murid-murid persekitaran untuk menduga apa yang berlaku dan kelakuan yang diterima.
                 ii.  Membenarkan murid-murid untuk menyediakan tugasan harian mereka.
               iii.  Menyempurnakan tugasan dengan lancar dengan peluang-peluang gangguan yang kurang.
               iv.  Melaksanakan tugas-tugas yang diagihkan kepada mereka dengan bertanggungjawab.
                 v.  Meninggikan lagi sikap positif dan kemahiran sosial murid-murid melalui interaksi sosial dan kerja kumpulan murid-murid dan,
               vi.  Memberi kesan kepada guru-guru untuk berfokus pada arahan dan pencapaian matlamat pembelajaran.

Rumusan

Sesungguhnya kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid.
Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan disukai murid, guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum.
Sesungguhnya, pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sistematik oleh seseorang guru dilihat menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran Abad-21 kini, guru dilihat bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya yang serba mencabar ini.

Rujukan


BAB 7

STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Pengenalan

Bab ketujuh yang dibincangkan di dalam kursus pengurusan pembelajaran ini ialah strategi mengurus bilik pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll). Bab ini menjelaskan mengenai tiga faktor strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu faktor fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah.
Benoit dan Trigeorgis (dalam Anna Sam, 2014) menjelaskan bahawa strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat didefinisikan sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan. Manakala pengurusan bilik pembelajaan pula merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Richards (dalam Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2006) menjelaskan bahawa “pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajarn dapat dilaksanakan dengan berkesan.”

Isi Penting

            Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran ialah faktor fizikal bilik darjah. Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama di kalangan pelajar. Ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kegiatan rutin bilik darjah adalah seperti membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah, menyediakan bahan pelajaran dan menyusun dengan betul dan mudah dicapai, menetapkan waktu yang sesuai untuk melakukan rutin bilik darjah dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem. Faedah rutin bilik ialah proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur, pengurusan rutin yang teratur dapat menjimatkan masa guru dan pelajar, rutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar, dan akhir sekali pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.
            Faktor yang seterusnya ialah interaksi dalam bilik darjah. Terdapat beberapa jenis interaksi bercorak lisan iaitu interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan akhir sekali interaksi berkomputer. Interaksi sehala ialah interaksi bilik darjah di mana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas. Interaksi dua hala antara guru dan murid ialah guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi dua hala antara murid dengan murid ialah guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain dan lakonan sebagai aktiviti dalam p&p. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid ialah guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.
            Faktor yang terakhir adalah iklim bilik darjah. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada 3 iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan suasana emosi. Suasana fizikal melibatkan unsur fizikal bilik darjah. Perancangan dan penyusunan ini melibatkan mengorganisasi, merancang dan penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya. Bagi mencapai suasana sosial bilik darjah, guru akan mengkaji melalui pemerhatian biasa teknik sosiometri. Sosiometri merupakan teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Akhir sekali, suasana emosi bilik darjah. Ia melibatkan gabungan berbagai-bagai perkara iaitu suara, kelucuan, penggunaan pujian, kawalan, kepimpunan dan kaedah mengajar.

Rumusan

            Kesimpulannya, strategi mengurus bilik pembelajaran adalah berkait rapat dengan tiga faktor iaitu unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Oleh itu, guru memainkan penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan objektif pembelajaran.


Rujukan

Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19, http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/14749
Aniez. (2012). Mengurus Iklim Pembelajaran Positif. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/93545921/Mengurus-Iklim-Pembelajaran-Positif
Anna Sam. (2014). STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BD). Diperoleh daripada https://prezi.com/pgbppf14o2kf/strategi-mengurus-bilik-pembelajaran-bd/
Jue Khazali. (2015). Kepentingan Iklim Sekolah Yang Positif. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/doc/262241383/Kepentingan-Iklim-Sekolah-Yang-Positif
Siti Shamzela. (2011). KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF. Diperoleh daripada http://sshamzela.blogspot.com/2011/05/kepentingan-iklim-sekolah-yang-positif.html

Zalina Ina. (2012). Mewujudkan Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/86625589/Mewujudkan-Iklim-Bilik-Darjah-Yang-Kondusif



Saturday, 23 November 2019

BAB 6

PENGURUSAN SUMBER

Pendahuluan

          Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut (Buck,2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan.
Sumber pula membawa maksud , sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya dari alam atau semulajadi,manusia, serta kewangan dan teknologi. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam kehidupan dan adea kaitan juga dengan pengurusan. Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology) 2008, meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk gabungan,biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar.
Oleh itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.

Isi Penting

Antara isi yang terdapat dalam bab pengurusan sumber ialah:

       Objektif pusat sumber

·         Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek.
·         Memupuk kemahiran menggunakan bahan pusat sumber
·         Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik
·         Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk pengajaran
·         Membantu memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat      dan kecendurangan.

Fungsi pengurusan sumber

ü  Pusat profesional
Contohnya:  aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan.
ü  Pusat perkembangan idea dan kreativiti
Contohnya: mengadakan satu pertandingan nilam dan sebgainya untuk para pelajar
ü  Mengisi masa lapang
Contohnya: para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran.
ü  Pusat kegiatan belajar dan mengajar
Contohnya: para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran.

Ciri-ciri pusat sumber

o   Menyeronokan murid
o   Menjimatkan masa
o   Sumber rujukan senang diperoleh
o   Kesesuaian tempat
o   Mempelbagaikan kegiatan murid
o   Tujuan pusat sumber
2.3    Komponen pengurusan sumber
Ø  Pengurusan infrastuktur
Ø  Pengurusan sumber manusia
Ø  Pengurusan kewangan
Ø  Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
Ø  Pengurusan pusat sumber

 Jenis sumber pembelajaran

§  Sumber asas
Contohnya: buku, majalah
§  Sumber rujukan elektronik
Contohnya: rujukan online
§  Sumber elektronik
Contohnya: menggunakan teknologi ict
§  Sumber pengalaman
Contohnya: lawatan dan sebagainya.

 Cara penggunaan sumber pembelajaran

v  Sesuai dengan situasi pembelajaran
v  Merancang penggunaan sumber pembelajaran
v  Membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran berpusatkan murid

  komponen pembelajaran berasaskan sumber

·         buku teks
·         aktiviti penelitian
·         pencarian bahan dari pelbagai sumber
·         latihan penyelesaian masalah
·         penggunaan alat pandang dengar

  kepentingan pengurusan sumber

ü  merangsang minat pelajar
ü  menyediakan pengalaman sebenar
ü  melibatkan pelajar belajar secara aktif
ü  memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat


 RUMUSAN

      Sebagai kesimpulan bagi bab ini, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan  sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

  

   RUJUKAN

Ø  https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber
Ø  RujukanAbdul Aziz Yusof (2004).
Ø  Kepimpinan Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi Kemanusiaan.
Pearson Prentice Hall.Abdul Aziz Yusof (2007).
Ø  London: Kogan Page Limited.Buck, Frank (2010).
Organization Made Easy!-Tools for Todays Teachers.
New York: Eye onEducation.Cari Ilmu Online Borneo (2010).